Wednesday, August 6, 2008

Malaysia vs Chelsea

haha nie kira report yg terlambat gak nie... semua org pun dah tau chelsea menang 2-0 jer... cis buat perabih duit jer beli tiket mahal tp score 2 bijik jer...apa2hal pun best gak sebab dapat jumpa a few kawan2 lama masa kt uia...


aku suka tgk mamat baju malaysia tu. patriotik sungguh



cuba teka ballack yg mana satu? nie masa break halftime



bersama mamat ensem berjanggut nipis...

Monday, July 28, 2008

Panas!! Chatting dengan S/U kepada Menteri Penerangan

Askum semua..kat sini aku copy paste kan chatting antara aku dengan one of secretary Menteri Penerangan. YB Shabery.

khai_khai149: hii
khai_khai149: ur bos kan janji nk resign
khai_khai149: dh lupa janji ke?

ddee2005: who siad he didnt perform
ddee2005: ???

khai_khai149: adoii payah nk cakap dgn orang yg syok sendiri nie
khai_khai149: pegi la baca kat forum2 kat internet nie
khai_khai149: tgk cakap orang2 kebanyakan

ddee2005: spaer syok sendiri

khai_khai149: org2 umno jer cakap dia berjaya dlm debat

ddee2005: u all tak tau facts go and refer back to what anwar said la
ddee2005: dont live in denial la ok

khai_khai149: itu pun sebahagian

ddee2005: go get a life la

khai_khai149: asik2 buat serangan peribadi
khai_khai149: takde point

ddee2005: stop scrutinising people's mistake (satu point kantoi)

khai_khai149: bila zulkifli sulong tanya tak menjawap

ddee2005: look at ur own self

khai_khai149: dok pusing2 jer

ddee2005: macam anwar ada point sangat
ddee2005: he was the one who didnt practice what he preach
ddee2005: dah kena buang parti baru nak menyalak macam anjing
ddee2005: like anwar menjawab la kan???
ddee2005: nordin kardi tanya stammered (kantoi lagi coz Anwar still jwp soklan nordin tu kan)

khai_khai149: sama la si shabery tu dah masuk 46

ddee2005: what the hell was that???

khai_khai149: dok telan balik ludah sendiri

ddee2005: so???
ddee2005: at least he is in UMNO now
ddee2005: u tak penah telan air liur
ddee2005: ke
ddee2005: masuk UIA dulu duit saper?

khai_khai149: duit ptptn

ddee2005: kerajaan kan?
ddee2005: sore losers like u all waste my time la

khai_khai149: itu loan la cik akak
khai_khai149: bukannya biasiswa
khai_khai149: everything kena bayar
khai_khai149: kerajaan yg untung dpt faedah

ddee2005: whatever it is kalau duit loan tu takde
ddee2005: tak sambung belajar (kata2 takbur orang yg tak ingat rezki dr Allah)

ddee2005: gigit balik tangan yang suap nasik pada u all
ddee2005: sudah ler
ddee2005: sore losers
ddee2005: takde masa nak layan

khai_khai149: hahaha if PR memerintah sure dpt belajar free
khai_khai149: mmg la since u all dah takde point nk ckap
khai_khai149: parti yg hampir pupus dari mukabumi ini

ddee2005: bukan tak de point
ddee2005: i just dont want to undermine MYSELF
ddee2005: wasting time for ppl like u
ddee2005: thank u

khai_khai149: Tak sangka pemikiran org umno nie dah anggap diri u all nie mcm tuhan. Walhal tuhan yg bagi rezeki bukannya pemimpin umno. Kalu parti lain memerintah pun sure mereka bertanggungjawap sediakan kemudahan untuk students. Takpe la I doakan u all berubah and ingatlah Allah..Jangan tinggal solat dan segala kewajipan lain ok.

ddee2005: u kalau nak ingatkan orang, ingatkan diri sendiri dulu
ddee2005: jangan banyak cakap
ddee2005: betulkan diri sebelum nak betulkan orang
ddee2005: bukan parti yang membezakan kita
ddee2005: tapi pendirian amsing masing
ddee2005: jangan ingat awak tu ikut parti berserban diri dah baik boleh masuk syurga
ddee2005: takbur nama nya tu

khai_khai149: lah i tak pernah plak ckp camtu. masuk pas masuk syurga ke wateva

ddee2005: so ingat ingat sikit masa suah dulu ada org pernah tolong
ddee2005: jangan lupa diri

khai_khai149: i just ingatkan diri sendiri dan yg lain2
khai_khai149: jgn tinggal solat. itu jer

ddee2005: jgn ikut sedap mulut je pasal org lain u lak yang takbur

khai_khai149: terpulang u nk terima ke tak

ddee2005: bukan masalah nak terima ke tak
ddee2005: nak tegur org tegur diri sendiri dulu

khai_khai149: mmg pun itu teguran utk diri sendiri
khai_khai149: manusia nie kan lalai...kena la sama2 ingat mengingati

ddee2005: bagus ler kalau tau nmacam tu

khai_khai149: kalau u rasa i lalai dari suruhan Allah..u boleh tegur i

ddee2005: jangan lupa lak nak ingatkan diri tentang tangan yang pernah beri bantuan dulu

khai_khai149: sebab itu kewajiban seorang sahabt

ddee2005: jangan lak digigit tangan tu
ddee2005: sorry u are not my sahabat
ddee2005: u hanya kenalan i je

khai_khai149: what eva
khai_khai149: at least kita masih saudara seislam
khai_khai149: cuma pelik la dgn point tangan yg digigit tu
khai_khai149: sebab rezeki semua Allah yg beri
khai_khai149: patutnya kewajiban kpd Allah yg paling utama kita buat

ddee2005: yea betul tapi Allah pun test u jugak
ddee2005: dia tak kasi straight dari langit
ddee2005: so ingat ler
ddee2005: bila cakap tu berpada pada
ddee2005: jgn sedap mulut je

khai_khai149: i just ingatkan menteri u tu jer..dia yg janji nk resign kalu tak perform
khai_khai149: tak caya u buatlah survey..siapa yg perform malam tu

ddee2005: u are talking from ur point of view
ddee2005: from ppl yang sependirian dengan u

khai_khai149: cuma mungkin dia lupa nak jawap soalan kemana pergi bajet utk improve public transport kot
khai_khai149: pendirian i, i sokong mana yg betul
khai_khai149: i bukan ahli pas ke pkr ke dap ke
khai_khai149: kalu umno betul i akan sokong..contoh pembangunan masa zaman tun M dulu
khai_khai149: tp skang nie u tak sedar ke apa yg Paklah dh buat kat negara?
khai_khai149: lambat laun boleh hancur negara kalau mcm nie
khai_khai149: even Tun M pun sedar..sebab tu dia keluar umno huhuhu

ddee2005: if u think ur good enuff do sumthing about it

khai_khai149: i bukan ada kuasa..i takleh nk ubah apa
khai_khai149: i just rakyat bawahan

ddee2005: jgn macam anjing menyalak bukit
ddee2005: so if u think u rakyat bawahan yang tak puas hati

khai_khai149: i just boleh sedarkan orang2 mcm u nie jer..itu pun kalu u nk terima

ddee2005: kenapa cakap dgn i?
ddee2005: u patut sedar sedar kan org macam u tu dulu
ddee2005: jgn jadi tak sedar diri

khai_khai149: if u boleh bagi no hp menteri u tu..i sendiri akan call dia
khai_khai149: dah mula dah cakap berbelit2

ddee2005: bagus sangat ke i nak kasi no pada u?

khai_khai149: attack peribadi i plak..nie la agaknya hasil didikan menteri u tu

ddee2005: terima kasih ler

khai_khai149: itu la i cakap tadi..kemampuan i nie terhad...setakat boleh salurkan kat orang bawah mcm u jer

ddee2005: at least mak bapak i tak ajar utk lupa diri pada org yang pernah bantu
ddee2005: pemikiran kita tak sama
ddee2005: u think inside the bozx
ddee2005: box*

khai_khai149: bantu dan tanggungjawap itu dua perkara berbeza

ddee2005: just like other typical ppl who support anwar who is not a good leader
ddee2005: tak pe lah, u dengan pemikiran u i dengan pemikiran i

khai_khai149: i tak support pun anwar..i nak biar org yg benar2 ikhlas bangunkan negara utk lead negara nie
khai_khai149: mungkin muhyidin yassin ke...who knows

ddee2005: apa apa lah....

khai_khai149: so okla...if u still nak bersama dgn parti pupus tu huhuhu
khai_khai149: selamat berjuang demi agama, bangsa dan negara

ddee2005: whatever u said la... at least parti ni perjuangkan kemerdekaan dulu.... kalau u pun tempat pak lah lagi teruk agaknya

khai_khai149: semoga segala amalan dan perbuatan kita diterima Allah

ddee2005: boss pun u kutuk
ddee2005: pm pun u kutuk

khai_khai149: again nak attack peribadi nie

ddee2005: semua org u kutuk.... what is there left in u, just hatred feeling and loathe towards others
ddee2005: call ur self a grad from UIA
ddee2005: buat malu je
ddee2005: mmg pun i attack pendapat peribadi u (see? style sama dgn her bos huhu)

khai_khai149: bagi la hujah2 mcm mana kepimpinan skang boleh makmurkan malaysia
khai_khai149: ini tak..asik2 attack peribadi..sama la mcm bos u tu

ddee2005: dgn u? tak payah le....
ddee2005: if u really understand presidential debate u
ddee2005: 'll look at things a new perspective

khai_khai149: if mcm nie cara umno layan rakyat bawahan mcm i..memang tak lama lagi pupus la

ddee2005: pegi balik belajar dulu laaaa

khai_khai149: menda la..takde point langsung

ddee2005: bawah sangat ke? kalau fikir macam tu i tak leh buat apa.....
ddee2005: like ur point tu bernas la
ddee2005: tu ler.... i wasted a couple of minutes for losers like u

khai_khai149: again and again
khai_khai149: okla jgn lupa buat survey tanya orang ramai
khai_khai149: sapa yg ada hujah tepat masa debate malam tu

~Tamat~

Any comment guys?

Thursday, July 24, 2008

Testing code html paling basic utk blog

Hehe aku tgh testing code html yg diberi oleh sifu Afyan. Hok aloh lepas posting, aku nak edit balik..code html tu dah tak kuar dah. Kena hafal dengan cemerlang code baru nie hehehehehe. best giler babi masih proses testing testing 123

Tips Untuk Bateri Laptop Tahan Lama, is a stupid tips

Nie aku nk story pasal tips utk bagi bateri laptop tahan lama... caranya mudah saja, masa guna laptop kat ofis, gunakan power supply and bukak bateri tu dari tempatnya. Maka KONONNYA bateri laptop anda akan tahan lebih lama.

But here's what happen. Based on true story nie :-)

Makanya pada petang semalam, setelah berminggu2 aku tak pernah balik dari ofis mengikut ofis hour, iatu 9 to 6, aku balik la mengikut jadual yg sepatutnya iaitu pukul 6 petang. Since dah jadik last person yang keluar dari bilik, aku ingat lagi pesan Kak Su masa awal2 aku join company nie suruh aku tutup suis letrik kat belakang kerusi dia.

Makanya aku pun dengan rasa penuh tanggungjawap untuk menjaga fasiliti ofis, aku pun tekan la suis tu. Aku sebenarnya tak perasan ada sorang staff laki sini buat wiring haram sambung ke meja dia guna suis yg aku tutup tu. Dia plak tengah guna laptop dia and memang dia tak bubuh bateri kat laptop. Konon nak bagi bateri tahan lama la tu, tapi yang terjadi sebaliknya. Maka disebabkan tiada bateri sebagai backup. Laptop dia pun terpadam dengan sendirinya.

Aku dengan rasa agak bersalah pun mintak maaf le..Tp nampaknya mamat nie tension sangat, sebutir perkataan pun tak kuar dari mulut dia...Maka aku pun berambus jer la dari situ huhuhu

So untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan kat sini. Kalau yer pun nak bagi barang tahan lama, jgn la sampai menyusahkan diri sendiri. Prepare for the worst bak kata orang putih. Sebab dalam kes mamat nie..dia dah terkena sebelum nie lagi..Masa tu guruh dan petir kuat, tetiba ofis kitorang blackout. Abes laptop dia padam... Kalau aku la jadi dia..aku tak praktis dah amalan cabut bateri kat laptop nie huhuhuhu

Friday, July 18, 2008

SPED - Satu Penilaian

Posting kat bawah nie aku tulis utk kwn2 yg bertanya pasal SPED kat sebuah yahoogroup. Rasanya bagus juga aku kongsikan kat ruangan nie. Moga ada manfaatnya.

Sekilas Pandang.
SPED adalah singkatan dari Skim Pinjaman Ekonomi Desa. Satu dana daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membantu usahawan-usahawan luar bandar. Namun yang demikian, disebabkan pihak kementerian bukanlah sebuah badan yang mampu mentadbir urus sebuah dana pinjaman, maka agensi perlaksana telah diamanahkan kepada SME Bank.

Note: Untuk makluman, walaupun skim ini meletakkan usahawan desa sebagai kumpulan sasaran, namun usahawan bukan dari luar Bandar juga layak memohon. Hanya usahawan yang beroperasi di Bandar raya, ie. Kuala Lumpur tidak layak memohon.


Kelebihan-kelebihan
SPED antara skim yang agak popular dikalangan usahawan. Ini kerana skim tersebut menawarkan “muqasah” atau rebat sehingga 30% dari jumlah pembiayaan. Sebagai contoh. Sekiranya SPED membiayai pinjaman sebanyak RM 100 ribu. Setelah usahawan membayar RM 70 ribu, baki akan dihapuskan sama sekali.

Selain itu, syarat-syarat yang dikenakan agak longgar, iaitu tidak perlu cagaran atau penjamin.

Pengalaman saya.
Saya dan isteri telah memohon pinjaman SPED sekitar Mei 2006. Perancangan awal, pinjaman untuk membiayai Modal Kerja (Stok) dan Aset Tetap (Ubahsuai) bagi butik di Kajang. Pinjaman yang dipohon sebanyak RM 150 ribu. Seingat saya, antara dokumen yang diminta oleh pihak SME Bank dan kementerian ialah, perjanjian sewa kedai, lesen MPKj dan tandatangan wakil rakyat. Standard dokumen untuk sesuatu pinjaman ialah business plan dan quotation pembekal juga perlu dikemukakan

On paper, permohonan kita akan diproses dalam masa 3 bulan. Tapi hakikatnya, hanya pada penghujung tahun 2007, kami menerima surat mengatakan permohonan telah diluluskan dan hanya berjumlah RM70 ribu sahaja.

Setahun lebih kami menunggu. Ingatkan boleh dah guna duit awal tahun 2008. Rupa-rupanya masih ada prosedur yang perlu kami ikuti, antaranya (seingat saya)

1. Bayar bank RM150 untuk yuran proses.
2. Bayar lawyer RM2,000 untuk legal fees.
3. Bayar syarikat takaful RM700/per year untuk takaful.

Maka setelah selesai semua di atas, pihak bank meminta kami untuk menyerahkan salinan resit dari kontraktor dan pembekal untuk ‘claim’ duit kami.

Dipendekkan cerita, setelah lama menunggu, kami mendapat berita yang agak dukacita. Ini kerana, dalam skim SPED, pengeluaran wang hanya dibolehkan untuk membayar terus ke dalam akaun kontraktor dan pembekal. Walaupun sudah kami jelaskan, bahawa kami memohon pada 2006, dan permohonan diluluskan setelah dua tahun kami beroperasi, maka secara ‘common sense’ sepatutnya pihak bank faham bahawa kami telah mendahulukan duit kami untuk membayar kontraktor dan pembekal. Sepatutnya kami layak untuk reimburse duit tersebut, memandangkan kami telah sertakan segala bukti-bukti wang kami yang telah keluar untuk membayar kontraktor dan pembekal.

Disebabkan itu, sehingga kini kami masih belum menerima walau sesen pun duit pinjaman tersebut. Lebih malang lagi, kami terpaksa membayar lagi sebanyak RM250 sebagai denda kerana kami tidak melakukan pengeluaran wang yang pertama dalam tempoh 6 bulan selepas perjanjian ditandatangani.

Kesimpulan.
Dengan ini, saya ingin mencadangkan kepada bakal-bakal usahawan tentang kaedah yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk mencari modal perniagaan, antaranya:

1. Menggunakan modal sendiri (which I think this is the best way)
2. Meminjam daripada sanak saudara terdekat. Tak perlu pening-pening dan buang masa membayar pelbagai kos tambahan. Tapi harus disiplin membayar ‘installment’ kepada family and harus bayar lebih on Qardhul Hasan basis.
3. Cuba mohon geran yang ditawarkan oleh SMIDEC. Yang ni pun bagus, walaupun hanya dapat 50% geran, namun geran bukan loan. Tak perlu bayar balik.
4. Sekiranya nak meminjam dari institusi kewangan juga. Boleh cuba apply loan MIDF, as diorang offer interest at 2%. Memang murah giler compare to SPED @ 5%.

Wednesday, July 9, 2008

Kisah Bomoh - Panduan Untuk Peniaga






Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....


Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur.... Saya pun terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.


saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...


Bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal) '


Saya rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.


' bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?'


saya menjawab: 'tidak. saya hanya....... ' mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.


'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'


'Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.


' bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.


'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.


'ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat... '


'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi.


'er..Mcdonald dan KFC...... ' Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.


'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar) Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....


moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata. atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..)


P/s. Nie bukan kisah sebenar aku ye....

Saturday, July 5, 2008

Waduh, Lost streaming slow bangat

Adeh dh pkl 12.30mlm nie. Sakit pinggang aku. Rasa dah dekat 2 jam aku nak tengok lost streaming nie, tp separuh episod pun tak abes loading nie. Aku rasa aku nk pi tido jer la pas siap posting entri nie.

Betul la aku memang fan drama Lost nie. Dari season 1 sampai la 4 skang. Start dari season 3 aku dah start tengok kat internet jer. Maklumla aku dah terminate servis astro kat umah. Tapi kira ok sebab kat internet nie episod dia keluar lagi awal dari kat astro.


http://watchloststreaming.com/
http://www.lost-stream.com/

Cuma bila internet slow nie yang aku boring nie. So nak layan boring sempat la aku main fifa 5-6 games. Semua games kalah siots kat team ManU. Puas dah aku main team Chelsea, Barcelona, Bayern dan juga Spain. Aku rasa computer nie bias la. Kalu ManU jer mesti menang huhu.

Selain tu sempat gak bukak friendster. Kacau 4-5 kawan2 dlm tu. Aku sebenarnya dah lama tak bukak friendster nie. Malas dan rasa takde "zouq" la. Cuma tadi kat ofis aku nampak sorang ofismate nie bukak friendster dia. Tu yang aku tingat nk bukak tu. Kesian friendster. Abes kena habuk dan sawang.

Arghh kompem la aku nk tido jer...Tido tak tenang siots. Takpela kena tido gak takut terkantoi subuh.... adios!

Wednesday, July 2, 2008

Cara Mudah dan Murah Ternak Cacing

Anda semakin sesak nafas dengan kenaikan harga barang? Kat sini aku nak kongsi panduan mudah untuk ternak cacing sebagai hasil pendapatan sampingan anda.

Kos RM 550.00
1-Cacing 1kg
2.Makanan utk seminggu(RM1. 00 per kg.)
3.5 tier rack.
4.Jaring halus.


Hasil.

1.Cacing kalau jual terus ke pembekal besar RM400 1 kg. RM 100 sekilo guna mentor.

2.Baja compos,hasil dari cacing RM 2.5 sekilo.


Hasil boleh dpt selepas 1 bulan..Hasil boleh la..cover duit api/air/astro hehehe.

Nie gambar 5 tier rack utk ternak cacing. Korang jgn ternak dlm bilik tidur udah ler huhu
Note: Sumber dipetik dari satu email daripada Melayu-Trade. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang disampaikan disini.

Tuesday, July 1, 2008

Pot pet pasal Nasri Nasir

Haaa nie aku nak citer pasal Nasri Nasir. Ex-schoolmate Kisas 96-97 (kepada yg bukan dari kisas terima kasih kerana sudi menghabiskan bacaan anda utk posting ini). Well Nasri nie dah join company aku keje, but aku yang joined dulu so I'm still his senior here ok hehehehe.

Gambar Nasri yang diambil tanpa izin

Sekarang nie beliau diamanahkan untuk bantu En. Wan dalam jabatan baru. Jabatan buku. FYI, En. Wan nie ex bos aku utk Jabatan Pemasaran Iklan. Best keje dgn En. Wan, sayangnya aku tak dapat bos sporting macam beliau lagi, huhuhu. But life goes on.

Sekarang nie bila Nasri dah tukar jabatan. Meja dia sebelah aku jer. Tak sangka betul. Dulu aku rasa kitorang takdela rapat sangat. Tapi dah jodoh meja gamaknya. Nampaknya lepas nie kena la aku 'jaga siqoh' dalam office nie hehe.

Pandangan aku
Yang aku nampak, Nasri (serta Rusdi Abdullah) adalah permata2 yang perlu digilap sebagai penyambung mata rantai dalam dakwah melalui media cetak nie. Both are talented, hardworking, knowledgeable dan yang penting ikhlas... Yer bang...ikhlas tu sangat penting dalam berdakwah.

Emm.. apa lagi nak tulis ek, skang nie Nasri tak tau lagi aku tgh berblogging pasal dia. Aku dok intai2 sebelah aku nie tengok Nasri rajin jer buat kerja2 dia. Aku plak dok sibuk tulis blog dan main YM sambil buat muka serius hehe

Okla lastly, jemput2 la ziarah blog Nasri Nasir di http://syaukawi.blogspot.com/

adios!

p/s lepas nie aku rasa kena menulis pasal Rusdi Abdullah plak. Karang kecik ati plak kawan aku yang sorang nie :-)

Thursday, June 19, 2008

sepetang di Galeri Ilmu

Ha nie aku nak citer peristiwa petang tadi di office aku. Tadi ada taklimat dari MD (Cikgu Abu Hassan) berkenaan beberapa isu. Antara yang menarik ialah bos lama aku dah tukar jabatan. So aku dapatlah bos baru. Dalam hati alahai bilalah plak aku dapat tukar PM dan Kerajaan baru nie huhuhu.

So lepas taklimat, Cikgu yang baru balik dari Bosnia dengan sukacita nak tayangkan DVD konsert nasyid di Bosnia. LCD projektor dan laptop dah ready nak tayang, tapi tah camne tah laptop tu shutdown. Cikgu pun suruhla aku amik laptop aku untuk ganti laptop dia.

Fuh suspens siots satu ofis tengok desktop aku kat layar. Nasib baik takde benda censored huhuhu. Member aku si Hafiz tolong kelola laptop aku. Tah camne dia leh mainkan dvd tu guna software Cool DVD. Ya mungkin sebab shortcut dia ada kat desktop aku.

Desktop aku. Cuba perati shortcut Cool DVD kat tengah tu

Haiyah player tu mainkan dvd tu tersekat sekat plak. Ofismate semua dah mula bising dah. Lepas 5 minit kuar plak pop up cakap This is a trial version. Waduh waduh malu giler aku seh. Memang kena kutuk abes abesan aku petang tu

Apa2 hal, walaupun laptop aku takde la power mana, tapi dia banyak berjasa kepada aku..sayang laptop..muahss!!

Saturday, June 14, 2008

Demo Masjid Kg. Baru ke KLCC

Semalam, 13 Jun 2008 aku turut serta dalam demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak di Kg. Baru. Demo bermula selepas solat jumaat di Masji Jamek Kg. Baru. Seawal jam 12.00 aku naik lrt jelatek turun ke lrt kg baru. Risau nak bawak moto takut kena road block polis. Moto aku tu dah setahun lebih tak renew roadtax huhuhuhu.

Sebelum khutbah bermula, khatib menasihati jamaah agar tidak turut serta dalam demo. Dalam hati aku berkata alangkah bagusnya kalu khatib dapat menyeru semua polis dan fru untuk turut serta solat jumaat. Sebab aku perati, polis dan fru ni dok melepak jer kat luar nu... agaknya itu la sebahagian ajaran Islam Hadhari, ada had ada hari huhuhuhu

Ok dipendekkan cerita, selesai sahaja imam membaca doa selepas solat, di luar masjid orang ramai sudah berkumpul. Mereka melaungkan takbir dan slogan turun minyak, turun paklah. Aku waktu tu takdelah berarak di barisan depan. Maklumlah dah lama dah 'pencen' dari demo. Kang kalu fru sembur aku tak cukup 'fit' nak lari plak huhuhu. Tapi sebaris dengan aku masa tu ada Mat Sabu dan senior sekolah aku dulu Ust. Faisal ex-presiden pmium.

Ok nak tau kesudahan demo? ikut selanjutnya di http://www.malaysiakini.com/news/84464

p/s: Yang penting sudah ada inisiatif rakyat untuk bersuara. Tak sabar nak tunggu 5 Julai untuk perhimpunan sejuta rakyat !

Monday, June 9, 2008

Artikel Dr. Asri (MAZA) Mufti Perlis pasal harga minyak naik

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin


Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Pembaziran
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Tanggungjawab
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/

Tuesday, April 29, 2008

April, Bulan Tesco

Lamanya tak update blog, baru je tanam azam dalam entri yang lepas. Tapi bulan April memang betul-betul busy dengan kerja dan bisnes. Selain buat kerja-kerja rutin, syarikat aku ni bukak booth kat pwtc untuk Pesta Buku 2008. At the same time, aku plak bukak booth kat Tesco Ampang huhuhu. Terkejar-kejar aku antara dua booth tu, Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Dan mesti bos aku gembira sebab sale masa Pesta Buku cecah hingga 6 angka.

Citer kat Tesco Ampang plak. Takde la tahap sale cecah 6 angka. Tapi aku rasa berbaloi gak bukak booth kat Tesco. Selain dapat kayakan diri aku lebih sikit dari bulan-bulan yang lepas, aku dapat timba ilmu dan pengalaman dengan partner aku untuk booth nie, Abg. Afandi aka Fendi Big Bird.

Aku bukak booth lebih kurang 18 hari gak. Minggu pertama dari 4 hingga 11 April. Then sambung dari 19 sampai 28 April. Pertengahan bulan tu aku demam teruk sebab minggu pertama sibuk antara jaga booth sendiri, dengan tolong company kat pesta buku. Tapi alhamdulillah dah sihat dah.

Ok cerita pasal Abg Fendi, beliau nie tokey besar untuk produk minyak burung unta.

Wednesday, April 2, 2008

Khai...jangan biarkan blog anda berhabuk

gosh, aku hampir terlupa bahawa aku punya blog untuk ku tulis.... dalam pada sesuai dengan trademark blog ini..mamat yg baru belajar tulis blog, makanya tak perlu untuk aku fokuskan blog ini kepada blog politik, blog dunia artis atau blog motivasi. u got idea, u just curah..itu la plan asal blog nie utk menulis apa sahaja yg terlintas di fikiran. blog untuk menulis segala yg bermain di fikiran. blog untuk mencurahkan idea-idea dalam otak. blog untuk meluahkan pengalaman pahit manis dalam hidup.

but as for today, hampir sebulan blog ini tidak ku jenguk, sehinggalah seorang blogger menegur aku dlm ym...katanya "dh jgn lelama ym, bazir masa ahaks"

"gi update blog ke apa" sambung beliau lagik...

aku tak dapat nafikan aku mudah sangat menulis dlm ym, tapi amat payah untuk menulis blog. sehingga ke hari ini, sudah ramai kawan baru, awek baru, bisnes baru yg dapat aku "close" hasil ayat-ayat power aku dalam ym huhuhu.

tapi dalam blog? huh susahnya nak habiskan penulisan as it took me 3 hours nak abeskan posting kali nie uwaaaa!!

mungkin talent aku menulis dlm ym jer kot???

Friday, March 7, 2008

Majalah ANIS keluaran Mac di pasaran

Askum semua....
sapa yg tak beli lagi majalah ANIS?


Topik utama yg menarik utk bulan ini Kelonggaran Isteri Keluar Cari Nafkah


Kupasan penuh ilmiah daripada Ustazah Sharifah Zahrah Syed Mohamad dan Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.


jgn lupa cover gurl Fida atau Rafidah Hj Ibrahim – Mencari Bintang Pantene


Last but not least, iklan dari kwn2 sy,


1. Abg Fendi dgn produk liquid spirulina with honey - penuh khasiat dan mudah dimakan


2. Asri HBT - Halal Aromatherapy perfume. - beliau dpt more than 20 stokis/agent hasil kuar iklan kat Anis


3. Ust Azri - Koordinator pemasaran utk Ana Edar S/B - Produk Qaseh yg sedang top dipasaran. Bersama duta mereka Ust Wan Akashah dan Ustzh Siti Nor Bahyah.


so guyz apa tunggu lagi..dptkan majalah Anis di pasaran sebelum kehabisan

Monday, February 18, 2008

Susahke buat duit melalui internet?

hello guyz, amacam enjoy x dgn karier yg korg ada skang? bg aku keje sbg marketing nie mmg best gile, sesuai dgn jiwa aku yg suka berckp, jupe org, akan tertido kalu duduk lebih 2jam kt kerusi ofis dan suka kebebasan masa.

cumanya aku selalu pening bila tiba ujung bulan (actually start minggu kedua setiap bln pun aku dh pening paler huhuhu) yellah kan pitih dok cukup utk sara kehidupan aku nie.

jd terfikir nk buat side income, so skang tgh carik peluang kt dlm internet nie.

knp aku pilih internet? knp tak pilih MLM ke, jual tudung ke, jual bontot apa ke. hmm yg tu nanti2 la aku citer k

so skang nk mintak advice, experience, testimoni dr korang pasal buat duit melalui internet. anyone?

Aromatherapy

nie client pertama (dr kalangan entrepreneur) aku kat Anis....




gambar x terang, kalu nk yg terang sila beli majalah Anis bln Feb hingga April ok.
nama owner Asri, pemilik syarikat Halal Bestari Trading. huh nama gempak beb, sebab kalu korg biasa gi SSM bkn senang nk regist company dgn nama halal tau...
main product dia is aromatherapy, 100% halal from japan. Asri nie dulu mmg study kt jepang. so sapa nk bersembang bahasa doraemon boleh la sembang dgn dia.



yang ini gambar produk aromatherapy

cantik x? kalu perati betul2 nmpk mcm pen kan? mmg pun aromatherapy tu dibotolkan dlm pen, kira 2 in 1 la nie... smbil bwk pen tu gi keje, kalu ada bau2 langau kt baju tu sembur la aromatherapy tu ok. namun produk nie byk lagi jenis botol yg telah dibotolkan. ikut la korang suka peket dlm botol size minyak atar ke, size mcm perfume blvgari ke atau dlm pen jer mcm dlm gambar. kalu korang suka aromatherapy tu peket dlm botol kicap atau sos, yg tu kena tanya Asri ok.
antara keistimewaan produk nie juga ialah (pada pandangan aku)
1. 100% halal
2. non alchoholic (those yg allergy)
3. lebih 33 jenis bau (bau minyak kapak jer takde kot huhu)
4. 100% pati
5. murah gileerrr
6. dan yg paling penting is, run by our muslim brother
so apa tunggu lagi, berminat meh dtg giant seksyen 13 stadium shah alam dan pegi kt gerai PC30. contact Asri 016- 38 23 837 ok

Sunday, February 17, 2008

Majalah ANIS keluaran Februari di pasaran

Ok korang dh baca belum majalah ANIS keluaran feb.? rugi woh tak baca sebab topik utama isu kali ini mengupas persoalan wanita mukmin

antaranya ialah

Fokus Utama: Tak Rugi Jadi Wanita Mukmin – Malang jika ada wanita yang tidak tahu betapa untungnya dia menjadi wanita, khususnya menjadi wanita Mukmin yang mempunyai banyak ‘nilai tambah’ tanpa perlu sama sekali mengubah peranan dan bidang tanggungjawab mereka untuk memperolehi martabat yang sama seperti kaum lelaki. Di mana letaknya harga seorang wanita? Yang jika wanita kehilangannya maka dia akan rugi.

Interviu Fokus: Nilai Tambah Pada Wanita Beriman – Wanita beriman memiliki banyak nilai tambah yang menjadikan dirinya sangat berharga dan sangat ‘cantik’. Demikian menurut Ustaz Mohd Sobri Abdul Rahman, pendakwah dan mantan pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Katanya, wanita beriman yang taat dan mengikut sunnah yang telah ditentukan, akan terpelihara daripada fitnah dan kecurigaan walaupun ketika dia berurusan di luar rumah. Ini menjadikan dirinya sentiasa disanjung, disayangi dan dihormati.

byk lagi isu2 yg akan dikupas, turut memuatkan iklan client aku iaitu Asri HBT (the japan man) dgn produk Halal Aromatherapy 100% pati. khabarnya baru beberapa hari majalah anis kuar di pasaran, dia dh dpt close 6 org pengedar baru utk bisnes dia huhuhu


utk kali ini cover ialah Shadiya Abbas – Juruhebah sambilan di radio Ikim.fm

selamat membaca !!!

Saturday, February 16, 2008

emm camne plak nk upload video

emm cuba testing plak nk upload video


jadi x ek?

rahsia fauziah nawi

kat sini aku nk bgtau sikit rahsia fauziah nawi nie



ok skrg korang tarik nafas pjg2, perati gambar diatas tajamkan penglihatan anda, amik masa utk fokus anak tudung yg dia pakai tu ok. perhati betul2...

korang rasa ktne dia beli anak tudung tu? cantik kan? manik penuh tu beb. mmg glamer la kalu pkai...

aaaa nie dia



nie masa aku bukak booth kt ampg point, sempat la fauziah nawi beli beberapa helai anak tudung utk dipakai di majlis2 glamer mcm ABP dan FFM

p/s sebenarnya aku tgh 'testing' camne nk upload pic jer dlm blog. tp knp gambar tu dia letak kat atas sekali ek? camne aku nk letak in between perenggan2 ye?

ilham dari langit

huhh malam td aku dpt ilham dr sorang syeikh dr riyadh. syeikh nie motivate aku nk start tulis blog, berikut dialog antara kami secara maya:

khrl_khrl: askum bang
khrl_khrl: dh gi umrah ke?
azral_izwan: dah
khrl_khrl: ramai x org ?
azral_izwan: tak ramai sgt
azral_izwan: ok la
khrl_khrl: yeke... bila nk pegi lagi?
azral_izwan: emm tak sure lagik la
azral_izwan: bile time permits la
azral_izwan: tak bz leh la pi
azral_izwan: napa
khrl_khrl: itu la nk mintak ko doa utk aku jer hehe
azral_izwan: ic
azral_izwan: ok np
azral_izwan: kalau aku pi aku akan maklum dalam blog lagi
khrl_khrl: ohh ko ada blog ye lupa
khrl_khrl: apa perantau tu
khrl_khrl: link dia
azral_izwan: http://perantautimurtengah.blogspot.com
khrl_khrl: ok makasih
khrl_khrl: nanti aku add dlm fav
azral_izwan: np
azral_izwan: tq
khrl_khrl: yellah kan ko suruh aku check blog ko
khrl_khrl: nak tau satu rahsia x?
azral_izwan: apa rahsianya
khrl_khrl: rahsianya aku tak reti guna blogspot huhu
khrl_khrl: adeh nk belajar nie
azral_izwan: senang je
azral_izwan: ade template dah
khrl_khrl: yeke..camne nk carik template?
azral_izwan: ko masuk www.blogspot.com
azral_izwan: kat situ kene register cam emel account
azral_izwan: pakai gmail account je
azral_izwan: then kat situ dia ajar la satu persatu
azral_izwan: senang
azral_izwan: nak maintain update je payah
azral_izwan: wakakka
azral_izwan: k bro gtg
azral_izwan: looking fwd for your blog
azral_izwan: wakaka
khrl_khrl: ok bang
azral_izwan: assalamualaiakum
khrl_khrl: hahaha nanti jgn cabar
azral_izwan: ilal liqa
khrl_khrl: wsaalam
azral_izwan: maas salamah

huhu 3jam selepas itu siap la post pertama aku huhu