Friday, July 18, 2008

SPED - Satu Penilaian

Posting kat bawah nie aku tulis utk kwn2 yg bertanya pasal SPED kat sebuah yahoogroup. Rasanya bagus juga aku kongsikan kat ruangan nie. Moga ada manfaatnya.

Sekilas Pandang.
SPED adalah singkatan dari Skim Pinjaman Ekonomi Desa. Satu dana daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membantu usahawan-usahawan luar bandar. Namun yang demikian, disebabkan pihak kementerian bukanlah sebuah badan yang mampu mentadbir urus sebuah dana pinjaman, maka agensi perlaksana telah diamanahkan kepada SME Bank.

Note: Untuk makluman, walaupun skim ini meletakkan usahawan desa sebagai kumpulan sasaran, namun usahawan bukan dari luar Bandar juga layak memohon. Hanya usahawan yang beroperasi di Bandar raya, ie. Kuala Lumpur tidak layak memohon.


Kelebihan-kelebihan
SPED antara skim yang agak popular dikalangan usahawan. Ini kerana skim tersebut menawarkan “muqasah” atau rebat sehingga 30% dari jumlah pembiayaan. Sebagai contoh. Sekiranya SPED membiayai pinjaman sebanyak RM 100 ribu. Setelah usahawan membayar RM 70 ribu, baki akan dihapuskan sama sekali.

Selain itu, syarat-syarat yang dikenakan agak longgar, iaitu tidak perlu cagaran atau penjamin.

Pengalaman saya.
Saya dan isteri telah memohon pinjaman SPED sekitar Mei 2006. Perancangan awal, pinjaman untuk membiayai Modal Kerja (Stok) dan Aset Tetap (Ubahsuai) bagi butik di Kajang. Pinjaman yang dipohon sebanyak RM 150 ribu. Seingat saya, antara dokumen yang diminta oleh pihak SME Bank dan kementerian ialah, perjanjian sewa kedai, lesen MPKj dan tandatangan wakil rakyat. Standard dokumen untuk sesuatu pinjaman ialah business plan dan quotation pembekal juga perlu dikemukakan

On paper, permohonan kita akan diproses dalam masa 3 bulan. Tapi hakikatnya, hanya pada penghujung tahun 2007, kami menerima surat mengatakan permohonan telah diluluskan dan hanya berjumlah RM70 ribu sahaja.

Setahun lebih kami menunggu. Ingatkan boleh dah guna duit awal tahun 2008. Rupa-rupanya masih ada prosedur yang perlu kami ikuti, antaranya (seingat saya)

1. Bayar bank RM150 untuk yuran proses.
2. Bayar lawyer RM2,000 untuk legal fees.
3. Bayar syarikat takaful RM700/per year untuk takaful.

Maka setelah selesai semua di atas, pihak bank meminta kami untuk menyerahkan salinan resit dari kontraktor dan pembekal untuk ‘claim’ duit kami.

Dipendekkan cerita, setelah lama menunggu, kami mendapat berita yang agak dukacita. Ini kerana, dalam skim SPED, pengeluaran wang hanya dibolehkan untuk membayar terus ke dalam akaun kontraktor dan pembekal. Walaupun sudah kami jelaskan, bahawa kami memohon pada 2006, dan permohonan diluluskan setelah dua tahun kami beroperasi, maka secara ‘common sense’ sepatutnya pihak bank faham bahawa kami telah mendahulukan duit kami untuk membayar kontraktor dan pembekal. Sepatutnya kami layak untuk reimburse duit tersebut, memandangkan kami telah sertakan segala bukti-bukti wang kami yang telah keluar untuk membayar kontraktor dan pembekal.

Disebabkan itu, sehingga kini kami masih belum menerima walau sesen pun duit pinjaman tersebut. Lebih malang lagi, kami terpaksa membayar lagi sebanyak RM250 sebagai denda kerana kami tidak melakukan pengeluaran wang yang pertama dalam tempoh 6 bulan selepas perjanjian ditandatangani.

Kesimpulan.
Dengan ini, saya ingin mencadangkan kepada bakal-bakal usahawan tentang kaedah yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk mencari modal perniagaan, antaranya:

1. Menggunakan modal sendiri (which I think this is the best way)
2. Meminjam daripada sanak saudara terdekat. Tak perlu pening-pening dan buang masa membayar pelbagai kos tambahan. Tapi harus disiplin membayar ‘installment’ kepada family and harus bayar lebih on Qardhul Hasan basis.
3. Cuba mohon geran yang ditawarkan oleh SMIDEC. Yang ni pun bagus, walaupun hanya dapat 50% geran, namun geran bukan loan. Tak perlu bayar balik.
4. Sekiranya nak meminjam dari institusi kewangan juga. Boleh cuba apply loan MIDF, as diorang offer interest at 2%. Memang murah giler compare to SPED @ 5%.

5 comments:

Hshiyuti said...

saya rasa punca masalah dengan SPED ialah masalah dengan pegawai bank yang kurang berkomitmen dan kedua ialah polisi SPED tu sendiri yang tidak membantu usahawan sebenarnya

Anonymous said...

sbnarnya bank ni xnk bg pinjam..mengada2..duit tu sbnrnye dana dr kerajaan..kire duit rakyatla.. jd bank ni cume mguruskn sahaja.. bank ni blagak je lbh.. mcm duit mak bapak di pye jer..

sy dh pegi mane2 tmpt..ckp jer agensi ape..sume dh msk..dn mintk.. perniagaan sy dh jln pon.. modal mula2 sy jual besi buruk..dptla 2ribu.. dgn duet tula bli brg2 kedai.. smpaila kedai sy lingkup..

sian dhla xdpt duet pinjaman..kedai tutup plak..pe la nk jd kn..

tp bank mmg bangang..bodoh..sial dn pukimak!!!!!!

Anonymous said...

betul ke ni? saya baru jer nak mintak loan SPED SME BANK nak biz bln 2 nie... kalau betul bagai dikata, kerajaan harus masuk campur jangan sampai rakyat jadikan kerajaan macam marahkan nyamuk si SME BANK, kerajaan di BAKAR...

Unknown said...

Sama nasib dengan saya bulan 8 2010 minta dnga sme bank lukus bulan 5 2015.
Minta 100k dapat 32k
15k modal kerja
17 ubahsuai.
Sb lama sangat tunggu buat ubah suai sendiri.
Bila dapat loan 15 je boleh ambik 17k tak dapat sb tak cukup dokumen.
Bayar lowyer 1k lebih.menyakitkan hati je

Unknown said...

Sama nasib dengan saya bulan 8 2010 minta dnga sme bank lukus bulan 5 2015.
Minta 100k dapat 32k
15k modal kerja
17 ubahsuai.
Sb lama sangat tunggu buat ubah suai sendiri.
Bila dapat loan 15 je boleh ambik 17k tak dapat sb tak cukup dokumen.
Bayar lowyer 1k lebih.menyakitkan hati je