Hehe aku tgh testing code html yg diberi olehsifuAfyan. Hok aloh lepas posting, aku nak edit balik..code html tu dah tak kuar dah. Kena hafaldengan cemerlangcode baru nie hehehehehe. best gilerbabimasih proses testing testing 123
Thursday, July 24, 2008
Testing code html paling basic utk blog
Tips Untuk Bateri Laptop Tahan Lama, is a stupid tips
Nie aku nk story pasal tips utk bagi bateri laptop tahan lama... caranya mudah saja, masa guna laptop kat ofis, gunakan power supply and bukak bateri tu dari tempatnya. Maka KONONNYA bateri laptop anda akan tahan lebih lama.
But here's what happen. Based on true story nie :-)
Makanya pada petang semalam, setelah berminggu2 aku tak pernah balik dari ofis mengikut ofis hour, iatu 9 to 6, aku balik la mengikut jadual yg sepatutnya iaitu pukul 6 petang. Since dah jadik last person yang keluar dari bilik, aku ingat lagi pesan Kak Su masa awal2 aku join company nie suruh aku tutup suis letrik kat belakang kerusi dia.
Makanya aku pun dengan rasa penuh tanggungjawap untuk menjaga fasiliti ofis, aku pun tekan la suis tu. Aku sebenarnya tak perasan ada sorang staff laki sini buat wiring haram sambung ke meja dia guna suis yg aku tutup tu. Dia plak tengah guna laptop dia and memang dia tak bubuh bateri kat laptop. Konon nak bagi bateri tahan lama la tu, tapi yang terjadi sebaliknya. Maka disebabkan tiada bateri sebagai backup. Laptop dia pun terpadam dengan sendirinya.
Aku dengan rasa agak bersalah pun mintak maaf le..Tp nampaknya mamat nie tension sangat, sebutir perkataan pun tak kuar dari mulut dia...Maka aku pun berambus jer la dari situ huhuhu
So untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan kat sini. Kalau yer pun nak bagi barang tahan lama, jgn la sampai menyusahkan diri sendiri. Prepare for the worst bak kata orang putih. Sebab dalam kes mamat nie..dia dah terkena sebelum nie lagi..Masa tu guruh dan petir kuat, tetiba ofis kitorang blackout. Abes laptop dia padam... Kalau aku la jadi dia..aku tak praktis dah amalan cabut bateri kat laptop nie huhuhuhu

Friday, July 18, 2008
SPED - Satu Penilaian
Posting kat bawah nie aku tulis utk kwn2 yg bertanya pasal SPED kat sebuah yahoogroup. Rasanya bagus juga aku kongsikan kat ruangan nie. Moga ada manfaatnya.
Sekilas Pandang.
SPED adalah singkatan dari Skim Pinjaman Ekonomi Desa. Satu dana daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membantu usahawan-usahawan luar bandar. Namun yang demikian, disebabkan pihak kementerian bukanlah sebuah badan yang mampu mentadbir urus sebuah dana pinjaman, maka agensi perlaksana telah diamanahkan kepada SME Bank.
Note: Untuk makluman, walaupun skim ini meletakkan usahawan desa sebagai kumpulan sasaran, namun usahawan bukan dari luar Bandar juga layak memohon. Hanya usahawan yang beroperasi di Bandar raya, ie. Kuala Lumpur tidak layak memohon.
Kelebihan-kelebihan
SPED antara skim yang agak popular dikalangan usahawan. Ini kerana skim tersebut menawarkan “muqasah” atau rebat sehingga 30% dari jumlah pembiayaan. Sebagai contoh. Sekiranya SPED membiayai pinjaman sebanyak RM 100 ribu. Setelah usahawan membayar RM 70 ribu, baki akan dihapuskan sama sekali.
Selain itu, syarat-syarat yang dikenakan agak longgar, iaitu tidak perlu cagaran atau penjamin.
Pengalaman saya.
Saya dan isteri telah memohon pinjaman SPED sekitar Mei 2006. Perancangan awal, pinjaman untuk membiayai Modal Kerja (Stok) dan Aset Tetap (Ubahsuai) bagi butik di Kajang. Pinjaman yang dipohon sebanyak RM 150 ribu. Seingat saya, antara dokumen yang diminta oleh pihak SME Bank dan kementerian ialah, perjanjian sewa kedai, lesen MPKj dan tandatangan wakil rakyat. Standard dokumen untuk sesuatu pinjaman ialah business plan dan quotation pembekal juga perlu dikemukakan
On paper, permohonan kita akan diproses dalam masa 3 bulan. Tapi hakikatnya, hanya pada penghujung tahun 2007, kami menerima surat mengatakan permohonan telah diluluskan dan hanya berjumlah RM70 ribu sahaja.
Setahun lebih kami menunggu. Ingatkan boleh dah guna duit awal tahun 2008. Rupa-rupanya masih ada prosedur yang perlu kami ikuti, antaranya (seingat saya)
1. Bayar bank RM150 untuk yuran proses.
2. Bayar lawyer RM2,000 untuk legal fees.
3. Bayar syarikat takaful RM700/per year untuk takaful.
Maka setelah selesai semua di atas, pihak bank meminta kami untuk menyerahkan salinan resit dari kontraktor dan pembekal untuk ‘claim’ duit kami.
Dipendekkan cerita, setelah lama menunggu, kami mendapat berita yang agak dukacita. Ini kerana, dalam skim SPED, pengeluaran wang hanya dibolehkan untuk membayar terus ke dalam akaun kontraktor dan pembekal. Walaupun sudah kami jelaskan, bahawa kami memohon pada 2006, dan permohonan diluluskan setelah dua tahun kami beroperasi, maka secara ‘common sense’ sepatutnya pihak bank faham bahawa kami telah mendahulukan duit kami untuk membayar kontraktor dan pembekal. Sepatutnya kami layak untuk reimburse duit tersebut, memandangkan kami telah sertakan segala bukti-bukti wang kami yang telah keluar untuk membayar kontraktor dan pembekal.
Disebabkan itu, sehingga kini kami masih belum menerima walau sesen pun duit pinjaman tersebut. Lebih malang lagi, kami terpaksa membayar lagi sebanyak RM250 sebagai denda kerana kami tidak melakukan pengeluaran wang yang pertama dalam tempoh 6 bulan selepas perjanjian ditandatangani.
Kesimpulan.
Dengan ini, saya ingin mencadangkan kepada bakal-bakal usahawan tentang kaedah yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk mencari modal perniagaan, antaranya:
1. Menggunakan modal sendiri (which I think this is the best way)
2. Meminjam daripada sanak saudara terdekat. Tak perlu pening-pening dan buang masa membayar pelbagai kos tambahan. Tapi harus disiplin membayar ‘installment’ kepada family and harus bayar lebih on Qardhul Hasan basis.
3. Cuba mohon geran yang ditawarkan oleh SMIDEC. Yang ni pun bagus, walaupun hanya dapat 50% geran, namun geran bukan loan. Tak perlu bayar balik.
4. Sekiranya nak meminjam dari institusi kewangan juga. Boleh cuba apply loan MIDF, as diorang offer interest at 2%. Memang murah giler compare to SPED @ 5%.
Wednesday, July 9, 2008
Kisah Bomoh - Panduan Untuk Peniaga

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini.... Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur.... Saya pun terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut. saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai... Bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal) ' Saya rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula. ' bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?' saya menjawab: 'tidak. saya hanya....... ' mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan. 'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?' 'Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini. ' bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi. 'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup. 'ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat... ' 'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi. 'er..Mcdonald dan KFC...... ' Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab. 'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar) Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata. atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..) P/s. Nie bukan kisah sebenar aku ye.... |
Saturday, July 5, 2008
Waduh, Lost streaming slow bangat
Adeh dh pkl 12.30mlm nie. Sakit pinggang aku. Rasa dah dekat 2 jam aku nak tengok lost streaming nie, tp separuh episod pun tak abes loading nie. Aku rasa aku nk pi tido jer la pas siap posting entri nie.
Betul la aku memang fan drama Lost nie. Dari season 1 sampai la 4 skang. Start dari season 3 aku dah start tengok kat internet jer. Maklumla aku dah terminate servis astro kat umah. Tapi kira ok sebab kat internet nie episod dia keluar lagi awal dari kat astro.

http://watchloststreaming.com/
http://www.lost-stream.com/
Cuma bila internet slow nie yang aku boring nie. So nak layan boring sempat la aku main fifa 5-6 games. Semua games kalah siots kat team ManU. Puas dah aku main team Chelsea, Barcelona, Bayern dan juga Spain. Aku rasa computer nie bias la. Kalu ManU jer mesti menang huhu.
Selain tu sempat gak bukak friendster. Kacau 4-5 kawan2 dlm tu. Aku sebenarnya dah lama tak bukak friendster nie. Malas dan rasa takde "zouq" la. Cuma tadi kat ofis aku nampak sorang ofismate nie bukak friendster dia. Tu yang aku tingat nk bukak tu. Kesian friendster. Abes kena habuk dan sawang.
Arghh kompem la aku nk tido jer...Tido tak tenang siots. Takpela kena tido gak takut terkantoi subuh.... adios!

Wednesday, July 2, 2008
Cara Mudah dan Murah Ternak Cacing
Anda semakin sesak nafas dengan kenaikan harga barang? Kat sini aku nak kongsi panduan mudah untuk ternak cacing sebagai hasil pendapatan sampingan anda.
Kos RM 550.00
1-Cacing 1kg
2.Makanan utk seminggu(RM1. 00 per kg.)
3.5 tier rack.
4.Jaring halus.
Kos RM 550.00
1-Cacing 1kg
2.Makanan utk seminggu(RM1. 00 per kg.)
3.5 tier rack.
4.Jaring halus.
Hasil.
1.Cacing kalau jual terus ke pembekal besar RM400 1 kg. RM 100 sekilo guna mentor.
2.Baja compos,hasil dari cacing RM 2.5 sekilo.
Hasil boleh dpt selepas 1 bulan..Hasil boleh la..cover duit api/air/astro hehehe.
Nie gambar 5 tier rack utk ternak cacing. Korang jgn ternak dlm bilik tidur udah ler huhu
Note: Sumber dipetik dari satu email daripada Melayu-Trade. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang disampaikan disini.
Tuesday, July 1, 2008
Pot pet pasal Nasri Nasir
Haaa nie aku nak citer pasal Nasri Nasir. Ex-schoolmate Kisas 96-97 (kepada yg bukan dari kisas terima kasih kerana sudi menghabiskan bacaan anda utk posting ini). Well Nasri nie dah join company aku keje, but aku yang joined dulu so I'm still his senior here ok hehehehe.
Gambar Nasri yang diambil tanpa izin
Sekarang nie beliau diamanahkan untuk bantu En. Wan dalam jabatan baru. Jabatan buku. FYI, En. Wan nie ex bos aku utk Jabatan Pemasaran Iklan. Best keje dgn En. Wan, sayangnya aku tak dapat bos sporting macam beliau lagi, huhuhu. But life goes on.
Sekarang nie bila Nasri dah tukar jabatan. Meja dia sebelah aku jer. Tak sangka betul. Dulu aku rasa kitorang takdela rapat sangat. Tapi dah jodoh meja gamaknya. Nampaknya lepas nie kena la aku 'jaga siqoh' dalam office nie hehe.
Pandangan aku
Yang aku nampak, Nasri (serta Rusdi Abdullah) adalah permata2 yang perlu digilap sebagai penyambung mata rantai dalam dakwah melalui media cetak nie. Both are talented, hardworking, knowledgeable dan yang penting ikhlas... Yer bang...ikhlas tu sangat penting dalam berdakwah.
Emm.. apa lagi nak tulis ek, skang nie Nasri tak tau lagi aku tgh berblogging pasal dia. Aku dok intai2 sebelah aku nie tengok Nasri rajin jer buat kerja2 dia. Aku plak dok sibuk tulis blog dan main YM sambil buat muka serius hehe
Okla lastly, jemput2 la ziarah blog Nasri Nasir di http://syaukawi.blogspot.com/
adios!
p/s lepas nie aku rasa kena menulis pasal Rusdi Abdullah plak. Karang kecik ati plak kawan aku yang sorang nie :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)