Wednesday, July 9, 2008

Kisah Bomoh - Panduan Untuk Peniaga






Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....


Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur.... Saya pun terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.


saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...


Bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal) '


Saya rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.


' bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?'


saya menjawab: 'tidak. saya hanya....... ' mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.


'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'


'Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.


' bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.


'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.


'ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat... '


'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi.


'er..Mcdonald dan KFC...... ' Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.


'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar) Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....


moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata. atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..)


P/s. Nie bukan kisah sebenar aku ye....

Saturday, July 5, 2008

Waduh, Lost streaming slow bangat

Adeh dh pkl 12.30mlm nie. Sakit pinggang aku. Rasa dah dekat 2 jam aku nak tengok lost streaming nie, tp separuh episod pun tak abes loading nie. Aku rasa aku nk pi tido jer la pas siap posting entri nie.

Betul la aku memang fan drama Lost nie. Dari season 1 sampai la 4 skang. Start dari season 3 aku dah start tengok kat internet jer. Maklumla aku dah terminate servis astro kat umah. Tapi kira ok sebab kat internet nie episod dia keluar lagi awal dari kat astro.


http://watchloststreaming.com/
http://www.lost-stream.com/

Cuma bila internet slow nie yang aku boring nie. So nak layan boring sempat la aku main fifa 5-6 games. Semua games kalah siots kat team ManU. Puas dah aku main team Chelsea, Barcelona, Bayern dan juga Spain. Aku rasa computer nie bias la. Kalu ManU jer mesti menang huhu.

Selain tu sempat gak bukak friendster. Kacau 4-5 kawan2 dlm tu. Aku sebenarnya dah lama tak bukak friendster nie. Malas dan rasa takde "zouq" la. Cuma tadi kat ofis aku nampak sorang ofismate nie bukak friendster dia. Tu yang aku tingat nk bukak tu. Kesian friendster. Abes kena habuk dan sawang.

Arghh kompem la aku nk tido jer...Tido tak tenang siots. Takpela kena tido gak takut terkantoi subuh.... adios!

Wednesday, July 2, 2008

Cara Mudah dan Murah Ternak Cacing

Anda semakin sesak nafas dengan kenaikan harga barang? Kat sini aku nak kongsi panduan mudah untuk ternak cacing sebagai hasil pendapatan sampingan anda.

Kos RM 550.00
1-Cacing 1kg
2.Makanan utk seminggu(RM1. 00 per kg.)
3.5 tier rack.
4.Jaring halus.


Hasil.

1.Cacing kalau jual terus ke pembekal besar RM400 1 kg. RM 100 sekilo guna mentor.

2.Baja compos,hasil dari cacing RM 2.5 sekilo.


Hasil boleh dpt selepas 1 bulan..Hasil boleh la..cover duit api/air/astro hehehe.

Nie gambar 5 tier rack utk ternak cacing. Korang jgn ternak dlm bilik tidur udah ler huhu
Note: Sumber dipetik dari satu email daripada Melayu-Trade. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang disampaikan disini.

Tuesday, July 1, 2008

Pot pet pasal Nasri Nasir

Haaa nie aku nak citer pasal Nasri Nasir. Ex-schoolmate Kisas 96-97 (kepada yg bukan dari kisas terima kasih kerana sudi menghabiskan bacaan anda utk posting ini). Well Nasri nie dah join company aku keje, but aku yang joined dulu so I'm still his senior here ok hehehehe.

Gambar Nasri yang diambil tanpa izin

Sekarang nie beliau diamanahkan untuk bantu En. Wan dalam jabatan baru. Jabatan buku. FYI, En. Wan nie ex bos aku utk Jabatan Pemasaran Iklan. Best keje dgn En. Wan, sayangnya aku tak dapat bos sporting macam beliau lagi, huhuhu. But life goes on.

Sekarang nie bila Nasri dah tukar jabatan. Meja dia sebelah aku jer. Tak sangka betul. Dulu aku rasa kitorang takdela rapat sangat. Tapi dah jodoh meja gamaknya. Nampaknya lepas nie kena la aku 'jaga siqoh' dalam office nie hehe.

Pandangan aku
Yang aku nampak, Nasri (serta Rusdi Abdullah) adalah permata2 yang perlu digilap sebagai penyambung mata rantai dalam dakwah melalui media cetak nie. Both are talented, hardworking, knowledgeable dan yang penting ikhlas... Yer bang...ikhlas tu sangat penting dalam berdakwah.

Emm.. apa lagi nak tulis ek, skang nie Nasri tak tau lagi aku tgh berblogging pasal dia. Aku dok intai2 sebelah aku nie tengok Nasri rajin jer buat kerja2 dia. Aku plak dok sibuk tulis blog dan main YM sambil buat muka serius hehe

Okla lastly, jemput2 la ziarah blog Nasri Nasir di http://syaukawi.blogspot.com/

adios!

p/s lepas nie aku rasa kena menulis pasal Rusdi Abdullah plak. Karang kecik ati plak kawan aku yang sorang nie :-)

Thursday, June 19, 2008

sepetang di Galeri Ilmu

Ha nie aku nak citer peristiwa petang tadi di office aku. Tadi ada taklimat dari MD (Cikgu Abu Hassan) berkenaan beberapa isu. Antara yang menarik ialah bos lama aku dah tukar jabatan. So aku dapatlah bos baru. Dalam hati alahai bilalah plak aku dapat tukar PM dan Kerajaan baru nie huhuhu.

So lepas taklimat, Cikgu yang baru balik dari Bosnia dengan sukacita nak tayangkan DVD konsert nasyid di Bosnia. LCD projektor dan laptop dah ready nak tayang, tapi tah camne tah laptop tu shutdown. Cikgu pun suruhla aku amik laptop aku untuk ganti laptop dia.

Fuh suspens siots satu ofis tengok desktop aku kat layar. Nasib baik takde benda censored huhuhu. Member aku si Hafiz tolong kelola laptop aku. Tah camne dia leh mainkan dvd tu guna software Cool DVD. Ya mungkin sebab shortcut dia ada kat desktop aku.

Desktop aku. Cuba perati shortcut Cool DVD kat tengah tu

Haiyah player tu mainkan dvd tu tersekat sekat plak. Ofismate semua dah mula bising dah. Lepas 5 minit kuar plak pop up cakap This is a trial version. Waduh waduh malu giler aku seh. Memang kena kutuk abes abesan aku petang tu

Apa2 hal, walaupun laptop aku takde la power mana, tapi dia banyak berjasa kepada aku..sayang laptop..muahss!!

Saturday, June 14, 2008

Demo Masjid Kg. Baru ke KLCC

Semalam, 13 Jun 2008 aku turut serta dalam demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak di Kg. Baru. Demo bermula selepas solat jumaat di Masji Jamek Kg. Baru. Seawal jam 12.00 aku naik lrt jelatek turun ke lrt kg baru. Risau nak bawak moto takut kena road block polis. Moto aku tu dah setahun lebih tak renew roadtax huhuhuhu.

Sebelum khutbah bermula, khatib menasihati jamaah agar tidak turut serta dalam demo. Dalam hati aku berkata alangkah bagusnya kalu khatib dapat menyeru semua polis dan fru untuk turut serta solat jumaat. Sebab aku perati, polis dan fru ni dok melepak jer kat luar nu... agaknya itu la sebahagian ajaran Islam Hadhari, ada had ada hari huhuhuhu

Ok dipendekkan cerita, selesai sahaja imam membaca doa selepas solat, di luar masjid orang ramai sudah berkumpul. Mereka melaungkan takbir dan slogan turun minyak, turun paklah. Aku waktu tu takdelah berarak di barisan depan. Maklumlah dah lama dah 'pencen' dari demo. Kang kalu fru sembur aku tak cukup 'fit' nak lari plak huhuhu. Tapi sebaris dengan aku masa tu ada Mat Sabu dan senior sekolah aku dulu Ust. Faisal ex-presiden pmium.

Ok nak tau kesudahan demo? ikut selanjutnya di http://www.malaysiakini.com/news/84464

p/s: Yang penting sudah ada inisiatif rakyat untuk bersuara. Tak sabar nak tunggu 5 Julai untuk perhimpunan sejuta rakyat !

Monday, June 9, 2008

Artikel Dr. Asri (MAZA) Mufti Perlis pasal harga minyak naik

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin


Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Pembaziran
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Tanggungjawab
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/